Baja TD®: Baja Cecair Semburan Serbaguna


Baja TD® merupakan baja "foliar" yang berasaskan air. Ia dilengkapi dengan unsur-unsur pemakanan yang seimbang dan dirumus khas supaya sesuai digunakan untuk semua jenis tanaman. Tidak seperti baja-baja lain di pasaran, Baja TD® boleh memainkan 3 peranan dalam satu-satu masa. Peranan-peranan itu adalah:-


1. Membaja

Dirumuskan dengan diet yang lengkap ditambahkan dengan unsur-unsur makro dan mikro yang seimbang dapat menjadikan tanaman lebih berdaya tahan kepada alam sekitar, dapat melancarkan proses fotosintesis serta meningkatkan kadar klorofil bagi menggalakkan tumbesaran tumbuhan. Di samping itu, Baja TD® mengandungi Asid Humik yang mampu merangsang proses penyerapan makanan (nutrien) melalui tisu-tisu daun, batang dan akar tumbuhan.


2. Agen Anti-Serangga

Baja TD® diperbuat daripada sumber dan tumbuhan semulajadi yang terpilih dan boleh bertindak sebagai agen kawalan serangga. Tidak seperti racun serangga, Baja TD® tidak membunuh serangga tetapi bertindak dengan cara menghalau (repellent) serangga. Baja ini mampu mencegah serangan serangga dari peringkat awal.


3. Agen Anti-Kulat

Baja TD® juga mampu berperanan sebagai agen anti-kulat dan dapat merawat dan menyembuh kulit pokok dan daun yang bermasalah.


Secara umumnya, Baja TD® DIJAMIN:-

  • Sesuai untuk semua jenis tanaman; tanaman ladang seperti kelapa sawit, getah, koko, kopi, teh, lada hitam dll; tanaman hortikultur seperti sayuran dan buah-buahan; tanaman hiasan seperti rumput taman, rumput padang golf, tumbuhan-tumbuhan landskap dan bunga-bungaan dan juga tanaman bermusim seperti padi dan sebagainya.
  • Membantu menjauhkan dari serangan serangga dan kulat. (sekiranya perlu, Baja TD® selamat untuk dicampur bersama racun serangga atau kulat yang lain)
  • Membaja dengan berkesan (mengandungi unsur-unsur makro dan mikro yang seimbang).
  • Tiada pembaziran kerana baja disembur terus ke tanaman membolehkan tanaman menyerap sehingga 85% Baja TD®.
  • Meningkatkan hasil tanaman sehingga 40%.
  • Menjimatkan kos penyelengaraan dan pembajaan.
  • Mudah di bawa dan disimpan.
  • Tidak mendatangkan kesan sampingan terhadap tanaman, haiwan dan juga pengguna.
  • Bebas dari unsur racun dan kimia berbahaya.
  • Bersifat mesra alam.

SILA CUBA, JAWAPAN ADA PADA ANDA !!!


Untuk maklumat lanjut, hubungi kami di sini . Untuk tempahan sila klik di sini .


Maklumat Tambahan


Harga


1 botol (4 liter) = RM 60
1 kotak (4 botol x 4 liter/botol) = RM 220

Caj penghantaran:-

1. Percuma (terhad untuk lingkungan Kedah Selatan, Pulau Pinang dan Perak Utara) - COD.
2. RM 30 sekotak untuk lain-lain tempat (penghantaran melalui servis kourier dan barang dijangka sampai 5-7 hari bekerja).


Cara Penggunaan

  1. Pastikan blower/pengepam anda bersih dari sebarang racun atau Baja BASAL 2000® (jika baja hendak disembur terus ke tanaman)
  2. Goncangkan dahulu baja tersebut.
  3. Campurkan baja mengikut sukatan bersama dengan 4 gelen air (18 liter / 1 pam racun) ke dalam blower/pengepam.
  4. Goncangkan sekali lagi blower / pengepam anda.
  5. Sembur terus ke mana-mana bahagian tanaman. (boleh juga disembur ke tanah di sekeliling tanaman jika kawasan itu sudah bersih(tiada rumput atau tumbuhan rumpai lain)).
  6. Boleh juga dicampur bersama baja BASAL 2000®(pastikan tidak disembur ke arah tanaman kerana BASAL 2000® bersifat anti-green) dan O-BEK® .

Jadual Pembajaan


Jenis Tanaman
Umur Pokok
Kadar
Kekerapan

Sayur-sayuran jenis daun

Pertumbuhan awal

180ml baja + 4 gelen air

  • Sawi 10 hari sekali
  • Salad 12 hari sekali
  • Bayam 15 hari sekali
  • Daun bawang 15 hari sekali

Peringkat Matang

200ml baja + 4 gelen air

Sayur-sayuran jenis buah

Pertumbuhan awal

150ml baja + 4 gelen air

  • Kacang Panjang 7 hari sekali
  • Terung 7 hari sekali
  • Bendi 10 hari sekali
  • Petola 10 hari sekali

Peringkat Matang

200ml baja + 4 gelen air

Jagung dll

Pertumbuhan cambah

150ml baja + 4 gelen air

Disembur semasa umur pokok jagung 4-5 hari.

Peringkat Pertumbuhan

200ml baja + 4 gelen air

20 hari selepas menanam

Peringkat Berbunga

200ml baja + 4 gelen air

40 hari selepas menanam

Padi dll

Peringkat Semaian

120ml baja + 4 gelen air

Seminggu selepas menyemai

Peringkat Mengubah

180ml baja + 4 gelen air

  • 7 hari selepas mengubah
  • 25 hari selepas mengubah

Peringkat Buah Awal

200ml baja + 4 gelen air

45 hari selepas mengubah

Kelapa Sawit, Getah, Koko, Sentang, Jati dll.

Semaian (< 3 bulan)

150ml baja + 4 gelen air

3 minggu sekali

Anak (> 3 bulan)

150ml baja + 4 gelen air

1 bulan sekali

Dewasa (> 3 tahun)

200ml baja + 4 gelen air

1 bulan sekali

Durian, Mangga, Langsat, Rambutan, Dokong, Duku dll.

Semaian (< 3 bulan)

150ml baja + 4 gelen air

3 minggu sekali

Anak (> 3 bulan)

150ml baja + 4 gelen air

1 bulan sekali

Dewasa (> 3 tahun)

400ml baja + 4 gelen air

1 bulan sekali


Maklumat Nutrisi


Unsur Makro
Kandungan Nutrien (mg/lit)

N (Nitrogen)

5164

P2Os (Phosphorous)

8400

K2O (Potassium)

31055

Ca (Calsium)

976.8

Mg (Magnesium)

2525

Unsur Mikro
Kandungan Nutrien (mg/lit)

S (Sulphur)

15.2

Mn (Magganese)

3.37

Zn (Zinc)

5.45

Cu (Copper)

39.3

Bo (Boron)

202

Mo (Molybdenum)

20

Fe (Ferum/Iron)

269.1